SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 6 October 2014

[Siri 11] Pengisahan Sejarah Kelantan : Sultan Ahmad Syah 1526-1547

Pendahuluan
Sewaktu alMarhum Sultan Gombak ditabalkan sebagai Raja Kelantan, kuasa memerintah negeri ini telah diserahkan kepada Sultan Muhammad Shah (Patani) sekitar tahun 1520, untuk mewujudkan Persekutuan Patani Besar bagi mengimbangi kekuasaan Siam-Belanda daripada menakluk seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Raja Gombak pada waktu itu memerintah seacara bersama dengan Datu yang menjadi wakil kepada Sultan Patani. Putera beliau, Raja Mansur dipercayai telah menetap di Siak, Sumatera bersama-sama Sultan Mahmud Shah yang berundur dari Melaka pada 1511 dan kemudiannya telah ditabalkan menjadi Sultan Siak selepas itu. 

Raja Gombak, telah mengambil Raja Ahmad yakni salah seorang anak Raja Mansur yang berkahwin dengan Puteri Bongsu Sultan Mahmud iaitu Raja Sri Dewi sebagai anak angkat dan dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kelantan.

Sultan
Sultan Gombak telah mangkat selepas enam tahun menjadi Raja Kelantan, beliau telah digantikan oleh Raja Muda iaitu Raja Ahmad dan telah dimasyhurkan dengan gelaran Paduka Sri Sultan Ahmad Shah ibni Raja Mansur pada 1526.

Pada waktu ini, Kelantan lebih dikenali sebagai Patani  dan selepas itu, negeri ini lebih dirujuk sebagai Patani. Kegemilangan Patani pada waktu itu hampir menyamai Kerajaan Langkasuka. Kerajaan Kelantan tetap meneruskan survival dan menjalankan kelangsungan pemerintahan walaupun berkongsi kuasa dengan Datu Patani.

Sultan Ahmad telah berkahwin dengan Che' Banum, anak perempuan Sri Nara Diraja yang juga sepupu kepada kerabat Pahang iaitu Raja Husin. Beliau telah mangkat pada 1547 dan meninggalkan zuriat iaitu:
  • Paduka Sri Sultan Mansur
  • Paduka Che' Siti [Chik Wan Kembang]

Kekeliruan
Apa yang menarik disini adalah munculnya seorang lagi Raja Perempuan Kelantan yang bergelar Che Siti Wan Kembang. Ramai beranggapan ia orang yang sama. Namun daripada artikel ini dapat kita jelaskan bahawa terdapat dua orang yang memakai gelaran CSWK ini.

Buat pertama kali gelaran ini dipakai oleh Adruja Wijayamala Singha puteri Raja Sakranta (Raja Zainuddin) pada 1318 sewaktu beliau ditabal sebagai pemerintah Kelantan Selatan. Manakala gelaran ini sekali lagi dipakai oleh Paduka Che' Siti Ibini Sultan Ahmad Syah pada 1585 sewaktu dilantik sebagai Pemangku Raja**.

Justeru itu, semua permaisuri Raja Kelantan, memakai gelaran Raja Perempuan tidak seperti Kesultanan Melayu lain yang memakai gelaran Sultanah untuk permaisuri mereka.

Kesimpulan
Sekiranya sahabat-sahabat sekalian perhatikan, dari Siri 1 - 10 artikel mengenai siri pengisahan Raja-Raja Kelantan ini makin lama makin pendek. Ini disebabkan peranan Kelantan dalam ruangan sejarah alam Melayu makin susut mengikut perkembangan sejarah alam Melayu serantau yang juga naik dan runtuh kemudiannya. Kesultanan Kelantan terus melestarikan warisannya walaupun menghadapi pelbagai ancaman.

Jurai keturunan yang kami kisahkan ini dinyatakan sebagai bersusur galur dari keturunan Penakluk Dunia dari Macedonia iaitu Iskandar Zulkarnain yang berakhir pada 1602. Keturunan ini akhirnya diganti pula dari keturunan Rasulullah s.a.w. 


Gambar Hiasan 

Wallahualam bis'sawab

Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.

Rujukan:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...