SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday 7 October 2014

[Siri 12] Pengisahan Sejarah Kelantan : Sultan Mansur Shah 1547-1561

Pendahuluan
Nama Sultan Mansur telah muncul dua kali dalam salasilah Kesultanan Kelantan iaitu pada 1467-1521 dan pada 1547-1561. Sebenarnya putera Sultan Gombak juga bernama Raja Mansur namun, beliau tidak merwarisi takhta Kelantan dan ianya digantikan oleh anaknya Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah pula mempunyai dua orang waris iaitu Sultan Mansur dan Paduka Che' Siti. Jelas disini, Sultan Mansur telah menggunakan nama datuknya yang juga mempunyai pertalian dengan Kesultanan Melaka.

Pada waktu ini, Kesultanan Kelantan tidak mempunyai pengaruh yang besar diperingkat serantau. Justeru terdapat usaha dilakukan oleh Raja-Raja Kelantan pada waktu tersebut untuk memulihkan kekuasaan mereka. Seperti apa yang kita tahu, Kelantan pada waktu itu telah diperintah secara bersama dengan pihak Patani.

Zuriat
Takhta Sultan Mansur Shah ini direkodkan telah diganti oleh pewaris beliau yang dikenali sebagai Paduka Sri Sultan Ibrahim. Perjalanan pemerintahan Sultan Ibrahim agak unik untuk kita perhatikan kerana dalam rekod sejarah beliau telah ditabalkan sebanyak dua kali untuk memerintah Kelantan. 

Bagaimanapun, kisah Sultan Mansur ini begitu suram sekali, mungkin kisah kerajaan Patani pada waktu itu lebih dominon berbanding dengan Kerajaan Kelantan yang hanya sebahagian daripada Persekutuan Patani Besar. Bagaimanpun besar kisah Patani pada waktu itu, mereka tidak boleh meninggalkan kisah Kelantan, kerana Kesultanan Patani sebenarnya adalah kesinambungan daripada keturunan Raja-Raja Kelantan.

Kesimpulan
Apa yang dapat disimpulkan dalam siri ini adalah, pertabalan Sultan Mansur dapat dilihat sebagai satu kesinambungan untuk meneruskan legasi pemerintahan Kelantan daripada keturunan Sriwijaya. Justeru itu, warisan ini masih dikekalkan pada era Sultan Mansur. Pada waktu ini sebenarnya, Kerajaan Patani lebih menonjol kerana negeri tersebut makin berkembang maju. Ia juga telah menggantikan peranan Melaka yang runtuh pada tahun 1511.

Hiasan : KDYMM alSultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Gambar Hiasan : Santai cara KDYMM alSultan Kelantan

Wallahualam bis'sawab

Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.

Rujukan:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...