SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Friday 10 October 2014

[Siri 14] Pengisahan Sejarah Kelantan : Sultan Muhammad 1597-1602

Pendahuluan

Pada pengisahan sejarah Kelantan dalam [Siri 13] telah dinyatakan bahawa beliau telah menyerahkan takhta Kelantan kepada Kerabat Johor yang mempunyai pertalian darah dalam Kerabat DiRaja Kelantan pada masa tersebut iaitu Raja Umar. Setelah berlaku pergolakkan pemerintahan di Johor, Raja Umar telah kembali ke Johor dan Kelantan diperintah semula oleh Paduka Sulta Ibrahim dan beliau telah memerintah hingga 1597.

Kedudukan beliau telah disambung semula oleh putera beliau dengan gelaran Sultan Muhammad pada 1597. Sebenarnya semenajak dari era Raja Bharubhasa pemerintahan Kelantan diklasifikasikan sebagai Dinasti Chermin. Sultan Muhammad adalah penerus legasi ini dan beliau adalah Raja Kelantan terakhir daripada Dinasti ini.

Jembal
Dipercayai sewaktu pemerintahan Raja Umar selama 5 tahun dari 1565-1570, pengaruh dari Champa mulai makin kuat. Hal ini dapat dilihat apabila Paduka Sri Sultan Adil Ud-din ibni alMarhum Nik Jamal Ud-din juga dikenali sebagai Raja Kelantan yang ditabal pada 1579-1597.

Beliau dinyatakan sebagai Timbalan Raja Champa dan ada kala dikenali sebagai Datu Kelantan. Jelas disini, pentadbiran Sultan Ibrahim penuh campur tangan baik daripada Patani mahupun Champa. Bagaimanapun, Raja-Raja dari Patani dan Champa ini adalah Kerabat DiRaja Kelantan jua.

Sejarah telah merekodkan bahawa Sultan Muhammad hanya selama 5 tahun. Kemudian takhta beliau telah diambil alih semula oleh Paduka Sri Sultan Adil Ud-din pada 1602. Justeru, tamatlah pemerintahan Kelantan daripada Dinasti Chermin. 

Siapa Sultan Adil Ud-din
Beliau adalah putera kepada Nik Jamaluddin  iaitu Datu Kelantan yang memerintah bersama-sama Sultan Kelantan bagi pihak Kerajaan Pusat Patani, beliau juga merupakan Timbalan Raja Champa yang juga pengasas kepada Dinasti Jembal. 

Dari Sultan Adil Ud-din inilah Kelantan diperintah oleh satu dinasti yang dikenali sebagai Kerajaan Jembal. Kesultanan Kelantan pada hari ini jelas daripada legasi Jembal ini. Menyentuh tentang Champa, pasti kita tidak boleh dari menyentuh satu nama yang sering disebut iaitu Sayyid Hussien Jamadil Qubra, seorang patriach yang gigih dan mempunyai pertalian darah dalam hampir semua Kerajaan Melayu Nusantara.

Kesimpulan
Dinasti Chermin yang memerintah Kelantan hampir 300 tahun telah lenyap bermula dengan kejatuhan Melaka yang membuatkan Sultan Mansur Shah menyerahkan Kuasa pemerintahan kepada Phya Tu Intira (Sultan Muhammad Patani) pada 1521. Sewaktu Raja Gombak menaiki takhta Kelantan, sistem pemerintahan Datu ini telah bermula. 

Lama kelamaan Datu ini makin berpengaruh hingga menenggelamkan pengaruh "Raja Asal". Pelbagai faktor boleh diandaikan kenapa perkara ini berlaku, namun kami lebih senang untuk berlapang dada dan menerima perkara ini sebagai satu ketentuan Illahi. Apa yang kita harus hayati adalah jangan sesekali mudah menyerah kalah, namun sekental pendirian kita, kuasa Allah s.w.t. yang menentukan segalanya.

Lambang Peribadi Sultan Kelantan
Sumber : Pertubahan Kerabat DiRaja Kelantan Al-Muhammadi



Wallahualam bis'sawab

Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.

Rujukan:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...