SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday 13 October 2014

[Siri 16] Pengisahan Sejarah Kelantan: Zuriat Sayyid Hussien Jamadil Kubra

Pendahuluan

Pelbagai respon diutarakan berkenaan Sayyid Hussien Jamadil Kubra, malah pelbagai versi telah dititipkan pada ruangan facebbok PPSK yang dipaut dari artikel [Siri 15]. Perkara ini telah kami jangka, artikel tersebut kami hasilkan berdasarkan maklumat yang sedia ada dalam internet. Kami juga yakin diluar sana ramai yang mengetahui kisah ini memandangkan Sayyid Hussien ini adalah leluhur kepada Wali Songo yang begitu gah namanya di alam Nusantara berkenaan penyebaran agama Islam.

Artikel tersebut dan seterusnya adalah kami kisahkan mengikut perspektif Sejarah Kelantan kerana kami maklum bahawa Sayyid Hussien ini berperanan dalam beberapa kerajaan Melayu yang lain pada masa tersebut.

Zuriat
Seperti yang kita bincangkan, Sayyid Hussien telah meninggalkan beberapa orang zuriat daripada tiga perkahwinannya bersama puteri Raja Kelantan dan Raja Champa. Dalam perbincangan pada artikel Siri 15, telah dinyatakan bahawa beliau mempunyai 4 orang anak. Bagaimanapun penulis telah mendapati beberapa maklumat tambahan dan mengambil keputusan untuk menyokong pendapat dari blog Tabut Jawi seperti gambarajah berikut:


Ia menerangkan bahawa Sayyid Hussien buat pertama kali berkahwin dengan Puteri Linang Cahaya/ Puteri Mariam adik kepada Raja Bharubhasa, pemerintah Chermin dan dikurniakan:

  • Malik Ibrahim / Sunan Gresik
  • Puteri Aishah
Kemudian beliau berkahwin pula dengan Puteri Raja Champa iaitu Puteri Ramawati dari perkahwinan ini beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu:
  • Ibrahim Asmaro / Ibrahim Asmarakhandi
Pada usia 80 tahun, beliau kemudian dijodohkan dengan Puteri Selindung Bulan / Puteri Syahirah oleh Sultan Baki Syah Ibni Raja Bharubhasa yang merupakan cucu saudara beliau. Hasil dari perkahwinan ini, lahir seorang anak lelaki iaitu:
  • Sayyid Ali Nurul Alam (Sultan Qunbul)
Maklumat dari Tabut Jawi menyatakan bahawa Sayyid Hussien juga telah mengahwini seorang puteri daripada Kerabat Johor yang juga berketurunan dari keluarga DiRaja Kelantan sebelah ibunya iaitu Puteri Jauhar. Melalui perkahwinan ini, beliau mempunyai dua orang anak:
  • Syarif Muhammad Berkat Nurul Alam
  • Syarif Muhammad Kebongsuan
Jelas disini bahawa Sayyid Hussien mempunyai 4 orang isteri dari kalangan kerabat Kerajaan Kelantan-Chermin, Champa dan Johor. Melalui perkahwinan inilah beliau dapat mendekati para pemerintah Nusantara pada waktu itu. Perkara ini juga mempercepatkan perkembangan dakwah Islamiyah di Nusantara. Pusat kegiatan beliau pada waktu itu berada di Chermin dan beliau sering berulang alik ke Champa dan juga Samudera-Pasai. 

Hal yang sama juga berlaku kepada semua anak-anak beliau, cuma pusat kegiatan mereka sahaja yang berlainan mengikut tempat tinggal ibu mereka. 

Pemerintah Kelantan
Keenam-enam zuriat Sayyid Hussien terutama anak lelaki beliau merupakan pendakwah yang dikagumi sepanjang zaman di Nusantara. Pengisahan ini, kami ingin tekankan berkenaan susur galur pemerintah Kelantan. Justeru, dalam perkara ini kami akan tekankan berkenaan Sayyid Ali Nurul Alam (Sultan Qunbul) kerana beliau yang nanti akan menurunkan perwaris beberapa Kesultanan Melayu.

*Tambahan: Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Huraian mengenai perjalanan Sayyid Hussien Jamadil Kubra, di alam Nusantara boleh diteruskan pembacaannya pada rujukan utama kami di Tabut Jawi. Insha Allah, maklumat berkenaan perkara ini jelas di sana. Kami tidak berdaya untuk mengulas dengan panjang lebar kerana pengetahuan kami juga cetek berkenaan perkara ini.

Wallahualam bis'sawab

Artikel ini dihasilkan berdasarkan kepada pembacaan penulis, disarankan agar para pembaca membuat penelitian lebih terperinci berdasarkan sumber-sumber primer. Artikel ini sekadar pengisahan sejarah Raja-Raja Kelantan dan ia tidak lebih dari itu. Sila rujuk link di bawah untuk melihat carta salasilah Raja-Raja Kelantan.

Rujukan:



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...