PENDAHULUAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan kesempatan
kepada kita untuk berkongsi dengan anda semua tentang Empayar Sriwijaya.
Empayar ini tersangat besar hingga tidak dapat digambarkan oleh nenek moyang
kita. Namun begitu, kajian demi kajian dilakukan hinggalah kita didedahkan
dengan penulisan Ustaz Abdullah Mohamed (Nakula) berkenaan kerajaan kuno ini.
Kini, ramai pengkaji sejarah tidak mahu mengakui
Kelantan adalah pusat pentadbiran Empayar Sriwijaya ini. Namun, kita tidak mahu
mempersalahkan sesiapa. Sudah menjadi tanggungjawab anak negeri untuk membuka
kisah nenek moyang mereka untuk tatapan generasi seterusnya.
Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita selongkar
tentang Empayar Sriwijaya.
RAKTAMRITTIKA
Dalam entri sebelum ini kita akan mengisahkan
tentang Yawadwipa dan seterusnya wujud nama Raktamrittika, dan kisah seterusnya
berkembang dari negera Raktamrittika ini.
Pada abad ke-7 dari nama Raktamrittika ini muncul
nama baru iaitu Sri Wijaya Mala yang dinamakan oleh seorang Maharaja yang
bergelar Sri Jayanaga. Nama asal baginda adalah Prabhasadharma namun baginda
lebih terkenal dalam riwayat tradisi Kelantan dengan gelaran Raja Ahmad atau
Tok Raja Jawa.
Selain itu, Baginda juga terkenal dengan gelaran
Maharaja Gegar Alam, Raja Marong Mahawangsa, Maharaja Alif, Maharaja Benua Rom,
Prabhu Wisnu Dewa dan lain-lain nama lagi. Baginda adalah cicit kepada Gautama
yang memberontak kepada Fu-nan dan membina negara baru yang dikenali sebagai
Raktamrittika itu.
Ibu Kota Sriwijaya Mala bernama Valai Penjuru. Pada
tahun 667Masihi, baginda telah menakluk seluruh semenanjung dan mengisytiharkan
nama empayarnya sebagai Sriwijaya.
Kemudian baginda telah menakluk kepulauan Sumatera dan seluruh Asia Tenggara.
Nama Yawadwipa dihidupkan kembali dan ianya terpakai untuk semenanjung ketika
itu.
Lokasi pusat pentadbiran Sriwijaya ini telah diulas
dan dikaji oleh ramai penyelidik, namun pernyataan dari J.L. Moens yang telah
mengkaji lokasi pusat pentadbiran Sriwijaya ini dan beliau telah mendapati
pusat pentadbiran Sriwijaya terletak di Pantai Timur Semenanjung. Pernyataan
beliau berasaskan catatan I-Ching dan juga catatan 2 orang sami Budha yang
dalam perjalanan ke India iaitu Wu Hing dan Che Hong. I-Ching dalam pelayaran
beliau dari China ke India pada tahun 671M telah singgah di Negeri Malayu yang
ketika itu mempunyai pemerintahan mereka sendiri.
Kami akan mengulas lebih lanjut tentang pencarian
lokasi sebenar pusat pentadbiran Sriwijaya dalam entri berikutnya.
No comments:
Post a Comment