SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday, 19 November 2013

Pasukan Polis Kelantan 1900-1942

Anggota Polis Negeri Kelantan bersama Panji-Panji pada Tahun 1922



PENDAHULUAN

Semasa Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1909, Kelantan telah pun mempunyai Pasukan Polis Melayu di bawah kawalan seorang putera raja, iaitu Tunku Sri Maharaja. Kekuatan pasukan Polis Kelantan, seramai  268 orang dan dilengkapi degan rifel iaitu senjata api moden pada ketika itu. Di samping itu terdapat juga lebih kurang 60 anggota Polis Sikh yang dikenali sebagai Polis Tentera (Military Police). Polis ini berfungsi sebagai anggota kawalan dan pengiring.

Pada 1910  G. Cullen daripada pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) telah dipinjamkan ke Kelantan sebagai Penguasa Polis dengan tugas menyusun semula Pasukan Polis Kelantan. Polis Tentera diserapkan ke dalam pasukan Polis Kelantan. Pusat Latihan Polis juga dibentuk. Tunku Sri Maharaja pula terus kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.

Setelah kerajaan Kelantan menandatangani perjanjian dengan British pada 1910, jawatan Penguasa Polis ditukar kepada  Ketua Pegawai Polis. G. Cullen mengetuai polis Kelantan selama 3 tahun dan dia banyak membantu memajukan pasukan tersebut. G. Cullen digantikan oleh Kapten Tomlison dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Polis selama setahun.


 Pada 28 April 1913, Kapten H.A. Anderson menggantikan Tomlison. Anderson memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan. Apabila perang 1914 meletus, beliau diminta membantu mengatur dan mengorganisasikan polis sukarelawan yang dianggotai oleh orang Eropah di Kelantan. Dalam tahun 1915, beliau meninggalkan Tanah Melayu dengan tujuan untuk menganggotai semula Angkatan Tentera. Beliau berkhidmat dalam masa yang singkat kerana jatuh sakit.

Semasa ketiadaannya, kebangkitan yang dipimpin oleh Tok Janggut meletus di Kelantan terutamanya di Pasir Puteh. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan  telah dibunuh oleh kumpulan Tok Janggut. Kebangkitan itu dapat dipadamkan oleh Inggeris yang mendapat bantuan polis Singapura. Anderson bersara dalam tahun 1934 dan terus menetap di Kota Bharu. Semasa pendudukan Jepun, beliau telah ditahan di Singapura. Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Kota Bharu dan meninggal dunia di sana pada 24 Januari 1955.


Beliau digantikan oleh D. Hillary, selepas itu E.C. Tidy dan   E.W. Mumford. Kekuatan Pasukan Polis Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua ialah seramai 388 anggota.

Balai Polis Balam, 1900

Balai Polis Kuala Krai 1900

Balai Polis Pengkalan Kubur 1904
Anggota Polis sedang berkawal di Post Balai Polis Pengkalan Kubor mengadap ke Sungai Golok

Balai Polis, Tangga Bredly


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...