SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday, 19 November 2013

Sultan Ismail 1920-1943

Almarhum Sultan Ismail
Sultan Ismail ibni Sultan Muhammad IV ialah seorang sultan di Kelantan yang telah dimahkotakan pada tahun 1920 dengan gelaran Sultan Ismail berikutan kemangkatan ayahandanya, Sultan Muhammad IV. Baginda memerintah sehingga baginda mangkat pada tahun 1944 dan digantikan oleh adindanya Tengku Ibrahim.[1] Pada tahun 1915, Tengku Ismail yang pada ketika itu bergelar Tengku Sri Indera Mahkota telah berkahwin dengan Tengku Nik Tenglu Kaya Pahlawan.

Sepanjang zaman pemerintahan Baginda Sultan Ismail negeri Kelantan Darulnaim terus berkembang maju dalam berbagai-bagai bidang terutama sebelum pendudukan Jepun di negeri Kelantan pada tahun 1941. Di dalam zaman pendudukan Jepun ekonomi menjadi meleset menyebabkan pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.

ALAT DAN LAMBANG KEBESARAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail adalah Raja Kelantan yang pertama menjalani Istiadat Kemahkotaan. Setelah ditabal menjadi Sultan pada 23.12.1920, Baginda telah menitahkan agar di adakan alat dan lambang kebesaran untuk digunakan dalam Istiadat Kemahkotaan Baginda nanti. Alat dan lambang kebesaran tersebut ialah:
  • Mahkota
  • Peterakna
  • Batang Tombak Jejabu
  • bilah pedang
  • Cogan Agama
  • Cogan Alam
  • Bendera Tubuh
  • Bendera Negeri

DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG-BINTANG
Pada tahun 1925 Baginda Sultan Ismail telah menitahkan agar di adakan sejumlah Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang untuk di anugerahkan kepada Raja, Negeri dan masyarakat umum. Kumpulan Bintang-Bintang ini di kenali dengan nama Bintang Darjah Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia atau A-Ismaili.

1) Darjah Yang Pertama Sri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Ismaili I.
2) Darjah Yang Kedua Dato Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Ismaili II.
3) Darjah Yang Ketiga Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Ismaili III
4) Bintang Ahli Kelantan (AK)
5) Pingat Bakti (PB)
6) Pingat Taat (PT)
7) Pingat Perangai Baik (P.P.B.)

LAGU NEGERI
Pada tahun 1921 Sultan Ismail telah mengarahkan agar digubah sebuah lagu kebangsaan Negeri Kelantan. Seruan ini disahut oleh En. M.S. Menzis, Ketua Pancaragam Pasukan Polis Kelantan telah menggubah sebuah lagu untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan. Pada 5.7.1927 Baginda Sultan telah memberi perkenan agar lagu ini dimainkan pada Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda dengan nama “Selamat Sultan”.
Pada tahun 1930 senikata lagu “Selamat Sultan” telah digubah oleh Tengku Mahmud Mahyiddin, Pegawai Pelajaran Kelantan pada waktu itu.

BENDERA NEGERI
Pada tahun 1922 Baginda Sultan Ismail telah mengubah bentuk bendera Tubuh Baginda dan juga Bendera Negeri Kelantan yang telah digunakan sejak zaman Almarhum Sultan Muhammad IV.

MAJLIS RAJA-RAJA
11.10.1930 : Sultan Ismail berangkat ke Singapura untuk menghadiri Persidangan Raja-Raja Melayu yang pertama yang di hadiri oleh semua Raja-Raja Melayu.
4.2.1934 : Sultan Ismail sekali lagi berangkat ke Singapura menghadiri Persidangan Raja-Raja Melayu.

PERKEMBANGAN NEGERI
Mengukuhkan pentadbiran
Sultan Ismail telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk memajukan negeri Kelantan. Antara langkah yang diambil ialah dengan mengadakan pejabat-pejabat baru seperti:
  • Pejabat Tanah
  • Mahkamah Tinggi
  •  Mahkamah Rendah
  • Pejabat Cukai

Pada tahun 1923, Sultan Ismail telah berkenan menubuhkan sebuah Majlis Mesyuarat yang dinamakan “Dewan Negara” bertempat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.
Pada 1.4.1921 satu bancian mengenai penduduk negeri Kelantan telah dilakukan. Kemudiannya pada 1.4.1931 bancian kali kedua telah dilakukan ke atas penduduk negeri Kelantan bagi mengetahui jumlah penduduk dan pecahan mengikut etnik.

Pada tahun 1922 Pasukan Tentera Sukarela yang di kenali dengan nama “Pasukan Jiwa Setia” telah ditubuhkan dengan anggotanya terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan dan Pembesar-Pembesar Negeri.

Kemudahan Awam
ü  21.8.1922 : Masjid kayu di bandar Kota Bharu telah ditukar dengan masjid batu di mana perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh Baginda Sultan Ismail. Masjid batu siap dibina pada tahun 1925 dan dinamakan “Masjid Muhammadi” mengambil sempena nama Sultan Muhammad IV.
ü  26.8.1922 Mercantile Bank of India Ltd. Telah dibuka dan dirasmikan oleh Baginda Sultan Ismail. Bank ini merupakan Bank Perdagangan yang pertama di Kelantan.
ü  Pada akhir tahun 1926 bekalan elektrik mula digunakan di Kota Bharu dengan menggunakan sebuah jentera sederhana yang di tempatkan di Jalan Tok Hakim.
ü  Pada tahun 1927 Jalan Raya telah dipermodenkan di mana jalan raya dalam bandar Kota Bharu mulai diturap dengan tar.Di samping bekalan elektrik dan air, kemudahan kesihatan untuk orang ramai juga tidak di lupakan.
ü  Pada tahun 1929 Hospital Besar mula dibina di Kg Padang Garong, Kota Bharu.
ü  Perhubungan udara antara negeri Kelantan dengan negeri lain telah bermula dengan pendaratan sebuah kapal terbang laut No S1420 di perairan Sungai Kelantan di kawasan Istana Kota Lama pada 25.8.1930.
ü  Jambatan Sungai Nal atau Jambatan Sultan Ismail merupakan satu-satunya gertak gantung di Negeri Kelantan yang merupakan perhubungan penting antara Kota Bharu dan Kuala Krai. Ia telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Ismail pada 19 April 1932. Dengan siapnya jambatan baru disebelahnya, jambatan gantung ini tidak digunakan lagi.
ü  Jambatan Guillermard yang menghubungkan Stesen Keretapi Tumpat dan Kuala Krai yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Ismail pada tahun 1925.
ü  Pada 5.9.1931 Jalan Keretapi yang menghubungkan Tumpat dengan Pahang telah dibuka secara rasmi.
ü  Pada tahun 1932 Jalan Raya antara Pasir Puteh dan Kuala Terengganu telah dibuka pada 19.4.1932. Sultan Ismail dan Sultan Terengganu secara serentak telah berangkat merasmikan jalan tersebut.
ü  Pada tahun 1932 Pasar Kubang Pasu telah siap dibina. Bagi memenuhi keperluan ramai sebuah lagi pasar baru telah dibina dan pasar ini di kenali dengan nama “Kedai Baru” (kini Pasar MPKB) Sultan Ismail telah berkenan berangkat merasmikan pasar baru ini pada 3.4.1938
ü  Bekalan air paip mula digunakan di bandar Kota Bharu pada 20.3.1935 bagi memberi lebih keselesaan dan menjamin kesihatan kepada penduduk.
ü  Pada 2.10.1936 Lapangan Terbang Pengkalan Chepa mula dibina menandakan bermulanya era perhubungan udara yang lebih teratur. Pada tahun ini jugalah bermulanya perkhidmatan kapal terbang di dalam negeri di Tanah Melayu.
ü  Dalam zaman pemerintahan Sultan Ismail bermula perkhidmatan mel udara yang pertama di Kelantan iaitu pada 6.4.1938 Setem baru negeri Kelantan telah dikeluarkan dan mulai dijual kepada orang ramai.

Dibawah Pendudukan Jepun
Semasa pemerintahan Sultan Ismail, Tentera Jepun telah menyerang dan menduduki negeri Kelantan. Serangan tersebut bermula dengan pendaratan Tentera Jepun di Kuala Pak Amat pada 8 Disember 1941.

v  20.1.1941 : seluruh negeri Kelantan jatuh ke tangan Jepun dan di letak Pendudukan di bawah pentadbiran Tentera Jepun atau Pejabat Kambo di bawah perintah seorang Gabenor Jepun yang dipanggil Cakan Ka Kaka:
Ø  Gabenor Pertama – Yashushi Sunakawa sehingga 22.4.1943
Ø  Gabenor Kedua – Kikuro Fujisawa

v  2.7.1942 : Pentadbiran negeri Kelantan yang dahulunya di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan telah diambil alih oleh pejabat Somubu/Pejabat Awam yang di ketuai oleh Somubu Tyo.
v  18.10.1943 : Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah di letak di bawah pemerintahan tentera Thai secara rasmi. Ini adalah untuk memenuhi Perjanjian Sulit antara Jepun-Siam. Sepanjang pemerintahan Thai, negeri Kelantan mempunyai 2 orang pesuruhjaya tentera:
Ø  Pesuruhjaya Pertama – First LT. Charm Charan Chaichan.
Ø  Persuruhjaya Kedua – R.T Thaivin Rawan.
v  1.1.1944 : Majlis Montri Spa atau Majlis Mesyuarat Negeri mula berkuatkuasa. Majlis Montri Spa ini di pengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail sendiri.
v  6.1.1944 : Pejabat Setiausaha Kerajaan yang ditutup oleh Jepun dibuka semula dan pegawai-pegawainya telah diarah bertugas semula seperti sebelumnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...