SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday, 19 November 2013

Puteri Onang Kening 1

Kelantan – Melaka – Perak ada hubungan rapat dari segi pertalian darah antara Sultan-Sultan yang pernah memerintah pada zaman mereka. Kami bawakan kepada anda tentang kisah Puteri Onang Kening yang berasal dari Chermin (Kelantan).

Pada tahun 1477 angkatan perang dari Melaka yang dipimpin oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir telah berjaya menundukkan angkatan perang Kelantan yang diketuai oleh Sultan Mansur Shah,(1467-1521). Waktu ini, Kelantan dikenali sebagai Empayar Chermin yang pada waktu itu telah menjadi sebuah negara vessel bagi Siam.

Pada ketika itu Melaka dalam proses mengembangkan wilayah yang ketika itu sedang melalui era kegemilangan sebagai sebuah empayar yang berkuasa di Nusantara yang setanding dengan Siam.

Setelah angkatan perang Melaka berjaya menundukan Kelantan, Bendahara Tun Mutahir telah menawan tiga orang puteri Sultan Mansur Shah iaitu Puteri Onang Kening, Chubak dan Chupan. Puteri Onang Kening adalah seorang yang cantik dan rupawan dan beliau telah dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Shah (1488-1511).

Perkahwinan antara Sultan Mahmud Shah dan Puteri Onang Kening ini telah membuatkan Kelantan (Chermin) secara automatik menjadi negeri naungan dibawah Empayar Melaka. Sultan Mansur Shah juga telah ditabalkan semula sebagai Sultan.

Melalui perkahwinan dengan Puteri Onang Kening, Sultan Mahmud Shah telah memperoleh seorang putera iaitu Tengku Muzzafar Shah. 1511 Portugis telah menyerang Melaka dan memaksa Sultan Mahmud turun takhta dan melarikan diri ke Bentan. Anakanda baginda telah mengumpulkan tentera di bawah nama Melaka dan dikenali sebagai Sultan Ahmad Shah (1511-1513) dan Tengku Muzzafar Shah telah ditabal sebagai Raja Muda. Pada tahun 1513 Sultan Ahmad Shah mangkat kerana dimurkai oleh Sultan Mahmud kerana gagal menawan kembali Kota Melaka dari Portugis. Sultan Mahmud naik takhta semula dan bersemayam di Bentan sehingga 1526 setelah kota tersebut diserang oleh Portugis. Semasa di Bentan ini Sultan Mahmud telah melantik Raja Ali, putera Tun Fatimah dan dilantik sebagai Sultan Muda bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II yang menjadi Sultan Johor pertama.

Tengku Muzaffar kemudiannya membawa diri ke Perak dan kemudian dilantik sebagai Sultan Perak pertama dengan gelaran, Sultan Mudzaffar Shah I, Perak.

Sumber:
1) Wikipedia
2) www.royalark.net
3) komentar di FB KPSK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...