Sultan Muhammad V |
KDYMM Sultan
Muhammad V
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V
(lahir 6 Oktober 1969) adalah Sultan Kelantan ke-29, yang dimasyurkan pada 13
September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelumnya baginda
bergelar Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra, merupakan putera
sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda
iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail
Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra,
dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.
Timbalan
Yang di-Pertuan Agong
Pada tanggal 13 Disember 2011, Sultan Muhammad ke-V
telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam
pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula dilantik sebagai
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan
dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.
Tengku
Mahkota
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah
ditahktakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Pada 24 Mei
2009, baginda kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah
ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mendapat
rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Pendidikan
dan kerjaya
Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Bharu,
Kelantan dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England
sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di
Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai
pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi
berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai
Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).
Istana
Kubang Kerian
Pada 2 Jun 2009, dilaporkan kontrak menyelia dan
membekal peralatan istana Kelantan termasuk pemasangan lampu ‘berjerabu’ di
istana di Kubang Kerian mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah.
Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk ‘menyiasat’ bagi
mengambil maklum mengenai tuntutan RM39 juta dari 2006-2008 terhadap beberapa
agensi kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment