Rumusan Catatan Empayar Yavadwipa dari Abad 1-10 Masihi.
Walaupun kabur dan samar-samar tentang catatan Empayar Yavadwipa ini, ianya
boleh disingkap seperti berikut:
 
  | 
PERKARA             | 
PERNYATAAN | 
  | 
MUNCUL DAN RUNTUH PADA ABAD 1
  – 3M 
 | 
Empayar ini mucul di Benua Asia Tenggara. Ianya bermula di Medang
  Kamulan (Baca Entri  ini) | 
  | 
KEBANGKITAN SEMULA PADA AWAL
  ABAD KE-8 HINGGA 10 MASIHI | 
Kebangkitan
       Kedua ini berlaku selepas keruntuhan Empayar Sriwijaya. Orang-orang
       menggelar empayar ini dengan nama Zabag yang sama maksud dengan Javaka
       atau Yava. Ianya dinyatakan sebagai sebuah empayar yang menguasai
       Srivijaya yang disebut oleh orang Arab sebagai Sribuzah.Pusat
       Pentadbirannya dinyatakan agak jelas iaitu terletak di Pantai Timur Laut
       Semenanjung yang ketika itu bernama Yavadwipa, manakala penduduknya
       bergelar Bangsa Yava atau Jawa.Jika
       diteliti dan dikaitkan dengan keadaan sekarang kita akan melihat ada dua
       Java ini, satu di bahgaian Darat dan satu bahagian Kepulauan seperti
       yang dinyatakan oleh Ptolemy tentang Bhumi Java dalam Prasasti Kota
       Kapur dalam hubungannya dengan Kalingga. | 
  | 
ZAMAN KEGEMILANGAN | 
Dua Java
       yang dinyatakan ini sebenarnya terikat dalam satu ikatan politik yang
       kukuh hingga mewujudkan kestabilan politik, keseimbangan ekonomi dan
       perkembangan kebudayaan dan kesenian. Abad 8 – 10 Masihi adalah Zaman
       Keemasan bagi Yavadwipa.Dalam
       jangka masa ini terbinanya Candi Borobudur dalam abad ke-9 yang
       melambangkan kemajuan pemikiran rakyat empayar Yavadwipa dalam aspek
       agama dan ketuhanan hingga dianggap sebagai satu keajaiban dunia.Jika
       diteliti dari binaan Borobudur ianya bukan sahaja binaan masyarakat
       Jawa, tetapi ianya adalah hasil pemikiran ahli senibina dari seluruh
       Asia Tenggara yang disatukan dalam pembinaan Candi ini.Sumber
       emas yang banyak membolehkan Sri Maharajanya dapat melaksanakan projek
       pembangunan projek mega ini ditambah dengan jumlah penduduk yang ramai
       ketika itu. | 
  | 
RIWAYAT TRADISI KELANTAN | 
Ketika
       zaman keemasan ini, Sri Maharaja-Sri Maharaja Yavadwipa (Zabag) ini
       sering berulang ali antara Yava Semenanjung dengna Yava Pulau.Mereka
       akan menetap selama 6 bulan di Pulau dan 6 bulan lagi di Semenanjung ini
       termasuk masa pelayaran.Dari
       pulau-pulau inilah Sri Maharaja mendapatkan sumber manusia yang ramai
       untuk melancarkan perang.Manakala
       di Pulau Jawa sendiri memang wujud raja-raja bassal yang setia dari
       “keluarga Sailendra” di Jawa Tengah dan senantiasa bersedia untuk
       menjalankan perintah dari Sri Maharaja-Sri Maharaja untuk menjaga
       keutuhan Empayar.Pada 820
       Masihi, Empayar ini mencapai kegemilangannya dengan mempunyai kawasan
       taklukan yang paling luas iaitu dibawah penguasaan Sri Maharaja rakai
       Mataram, Sang Ratu Sanjaya ketika berada di Semenanjung telah menamakan
       empayar ini sebagai Sampugita iaitu singkatan Sang Bunga Gita dalam
       Bahasa Melayu- Sanskrit. Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud Nyanyian
       Sang Bunga.Maksud
       bunga dalam ayat ini adalah merujuk kepada Bunga Teratai yang juga
       lambang Srivijaya. Inilah yang sentiasa disebut oleh orang-orang China
       dengan san-fo-chi dan empayar ini telah mengadakan hubungan diplomatik
       dengan Kerajaan China pada 905 Masihi seperti yang dinyatakan dalam Sung
       Shih.Kerana
       itu, Orang China merujuk empayar ini sebagai san-fo-chi dan orang Arab
       kekal merujuk kepada Zabag atau Zabaj. | 
  | 
KERUNTUHAN EMPAYAR SAMPUGITA       | 
Penghujung
       abad ke-10 hingga awal abad ke-11, Empayar Sampugita ini telah berpecah
       belah antara Daratan dan Kepulauan.Perpecahan
       ini berlaku ekoran perubahan polisi pentadbiran yang menyeluruh berupa
       pemberian kemerdekaan secara sukarela oleh seorang Sri Maharaja kepada
       saudara-saudara dan kaum kerabatnya yang hampir diangkat menjadi
       raja-raja merdeka.Akhir
       abad ke-10, Sri Maharaja tersebut telah memberi kemerdekaan kepada
       Champa dan Pulau Varuna (Kalimantan) Timur dan Utara serta seluruh
       kepulauan Dhanu (Filipina) yang diletakan dibawah Raja Varuna (Brunei)Fakta
       paling penting dalam konteks ini adalah pemberian kemerdekaan kepada
       Raja Pulau Jawa, dengan menggabungkan Kepulauan Nusa Tenggara, Kepulauan
       Maluku, Pulau Irian, Pulau Sulawesi dan Pulau Varuna (Kalimantan) Barat
       dan Selatan.Sri
       Maharaja ini juga telah memberi kemerdekaan kepada Raja Srivijaya dalam
       tahun 1018 Masihi dengan kawasan pentadbiran merangkumi seluruh
       Kepulauan Sumatera dan Sebahagian Pantai Barat Semenanjung iaitu wilayah
       Kataha (Kedah) yang juga merupakan pusat perdagangan yang penting waktu
       itu.Sri
       Maharaja ini hanya mengekalkan Empayar Sampugita meliputi Semenanjung (kecuali
       Kataha), Seluruh Segenting, Seluruh Dvaravati (Thailand Tengah &
       Utara) dan Pagan (Burma) Selatan.Setelah
       perpecahan ini barulah muncul nama She-po atau Yavadalam catatan-catatan
       China yang merujuk kepada Pulau Jawa sekarang. | 
  | 
PERMUSUHAN DENGAN INDIA | 
Fakta
       sebelum ini telah menyatakan bahawa Sri Maharaja Sanjaya yang
       mengasaskan nama Sampugita ini telah menyerang dan menakluk seluruh
       Benua India.Ini telah
       menimbulkan permusuhan berpanjangan antara Sampugita (Asia Tenggara)
       dengan India. Sejarah Malaysia telah mencatat bahawa Raja Gopal dari
       Chola telah menyerang Kedah dan kami percaya bahawa serangan ini sebagai
       membuktikan kebangkitan India ketika itu.Hal ini
       telah menyebabkan pemerintah Sampugita ketika itu sering memindahkan Ibu
       Kota nya dalam ngara di Asia Tenggara ini. Perkara ini juga telah
       menyebabkan ramai pengkaji terkeliru dengan nama-nama Ibu Kota  Sampugita ini, ianya bermula dalam
       abad ke-12, berikut kami ringkaskan: 
Dari
  Yavakoti – Pantai Barat Semenanjung (antara Segenting Kra hingga ke Perak
  yang ketika itu dikenali sebagai Gangganagara) – Jambi – Kawasan Kalah
  (Segenting Kra) – Pantai Timur Semenanjung – Pulau Sumatera – Akhirnya ke
  Palembang yang suatu ketika Ibu Negeri Srivijaya. 
1)      Kecelaruan
  fakta inilah menyebabkan pengkaji meragui fakta dari Catatan Arab dan China. | 
                 
                
 
No comments:
Post a Comment