Suatu masa dahulu nama Kota
Kubang Labu adalah sebuah nama yang gah. Kini ia hanya sebuah perkampungan
Melayu yang biasa dalam mukim Wakaf Bharu dalam Jajahan Tumpat. Jika dari arah
Kota Bharu ke Pengkalan Kubor anda akan melalui perkampungan ini dan tidak
menyedari telah melepasi suatu kota yang utuh suatu masa dahulu kecuali jika anda
terbaca satu papan tanda yang tertulis “Kubang
Labu”.
Kawasan Cari Gali
Ini adalah lakaran yang
dihasilkan oleh pengkaji sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
yang diketuai oleh saudara Nasir Abdul
Halim (N.A. Halim).
Dari aspek sejarah, Kota Kubang
Labu adalah pusat pemerintahan Kelantan pada abad ke-18. Ia diasaskan oleh Long
Bahar, putera raja Patani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua. Long Bahar
berhijrah ke Kelantan bersama puteranya dan berkahwin dengan Raja Pah puteri
Sultan Umar iaitu raja Kelantan yang memerintah Jembal (Kedai Lalat sekarang).
Kota Kubang Labu itu dibina baginda pada 1702 M selepas membina Istana Sening
dekat Jembal pada 1701.
Peta di atas adalah mengenai
kawasan cari gali arkeologi yang
dijalankan oleh Adi Taha (Allahyarham Dato) bagi pihak Muzium Negara. Dalam
kawasan empat segi tersebut adalah juga ada grid Kota Kubang Labu. Kajian arkeologi ini dijalan pada tahun 1978. Difahamkan, kajian ini dijalankan
untuk mendapatkan geran bagi pembinaan Muzium Negeri Kelantan. Namun atas
sebab-sebab politik projek ini ditangguhkan.
Berikut dikongsikan aktiviti cari
gali yang dijalan pada waktu itu.
No comments:
Post a Comment