Nama asal baginda Long Muhammad.
Baginda merupakan putera ke-6 Sultan Long Yunus dan tidak mempunyai anak
(digelar Marhum Mandul).
PEMBEBASAN KELANTAN DARI PENGARUH TERENGGANU
Kuasa Terengganu memain peranan
penting di Kelantan semenjak Long Yunus meminta bantuan ketenteraan dari Sultan
Terengganu untuk menyatukan Kelantan dan mententeramkan huru-hara diantara
Kerajaan Kubang Labu (Kelantan Barat), Kerajaan Pengkalan Datu (Kelantan Timur)
dan Kerajaan Legeh (Jeli dan Rangae di Narathiwat sekarang). Long Yunus juga
telah mengahwini penari gamelan bernama Inche Tuan Jumat puteri kepada Yang
Di-Pertuan Tua Terengganu Engku Tana Wangsa, abang kepada Sultan Mansur Riayat
Shah I. Selepas kemangkatan Sultan Long Yunus pada tahun 1795, Kelantan telah
dipengaruhi oleh Terengganu apabila Sultan Terengganu, Sultan Mansur Riayat
Shah I dengan berani melantik puteranya yang ke-6 bernama Tengku Muhammad[1]
yang juga merupakan menantu Sultan Long Yunus sebagai Yang Di-Pertuan Muda
(Yamtuan Muda) Kelantan dan wakil bagi Sultan Terengganu untuk memerintah
Kelantan. Perlantikan Tengku Muhammad juga disokong oleh Raja Patani. Keadaan
ini mencetuskan tidak puas hati di kalangan putera-putera Sultan Long Yunus.
Long Muhammad yang berundur kehulu Kelantan iaitu keSokor Kuala Nal dan
menyuruh Long Tam pergi mendapatkan bantuan orang Cina digalas dan bantuan
askar dari Kerajaan Reman di Hulu Perak untuk menyerang Tengku Muhammad dan
askar Terengganu di Kota Bharu. Terengganu berjaya dikalahkan pada tahun 1800,
dan Kelantan membebaskan diri dari pengaruh Terengganu dan bernaung di bawah
Siam dengan menghantar bunga emas. Semasa pemerintahannya, baginda melantik
adindanya iaitu Long Ismail sebagai Raja Muda. Baginda mangkat pada tahun 1835
dan pemerintahan Kelantan diambil oleh adindanya iaitu Long Jenal (Zainal) yang
juga merupakan Raja Bendahara Banggul. Kelantan menjadi huru-hara selepas
kemangkatan baginda akibat perebutan takhta diantara Raja Bendahara Banggul
Long Jenal,Long Muhammad bin Long Ismail(Tuan Besar kampung Laut) dan Long
Senik Mulut Merah. Siam telah campur tangan dengan melantik anak saudara
baginda iaitu Long Senik Mulut Merah sebagai Sultan dan adinda baginda Long
Jenal sebagai Yamtuan Muda Kelantan. Raja Kampung Laut, Long Muhammad (Tuan
Besar) ditabal oleh Siam menaiki takhta kerajaan Patani dengan gelaran Tuanku
Luang Phraya Prakdi Muhammad dan memulakan dinasti Kelantan di Pattani bagi
menggantikan Dinasti Sri Wangsa yang ketiadaan waris lelaki.
KELUARGA
Oleh kerana baginda tidak
mempunyai putera, baginda telah mengambil 2 orang putera kepada Tengku
Temenggong Aria Pahlawan Long Tan Ibni DYTM Long Yunus sebagai anak angkatnya
iaitu:
1)Long Senik Mulut Merah (Sultan
Muhammad II)
2)Tengku Long Bongsu
No comments:
Post a Comment