SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 18 November 2013

Sultan Ahmad 1886-1890

Nama asal baginda ialah Tengku Ahmad, iaitu Putera tengah Tengku Muhammad Ibni Sultan Mansur Riayat Shah I Terengganu. Oleh itu baginda lebih dikenali dengan nama Sultan Ahmad Tengah. Baginda menaiki takhta pada tahun 1886[1] menggantikan mertuanya Sultan Muhammad II Sebelum itu dilantik oleh Siam sebagai Gabenor Kelantan dengan gelaran Phraya Rajadipati Putrapurutravisesa Pradisvara Rajanarubadindra Surindra Ravivamsa (Phraya Ratsathibodi Butburutphiset Prathetsaratchanarubodin Surintharawiwangsa) pada 14 Jun 1869. Menaiki takhta Kelantan sebagai pemangku Raja kerana Tengku Long Abdul Ghaffar Bin Sultan Muhammad II pewaris takhta sebenar masih kecil. Pihak Siam kemudian mengiktirafnya sebagai Sultan Kelantan yang sah. Pada 1887, baginda membina Istana Jahar. Keturunannya sekarang yang memegang takhta negeri Kelantan walaupun berdarah raja Terengganu dan bukan keturunan Long Yunus.

KELUARGA
Berkahwin dengan Tengku Sulong puteri kepada Sultan Muhammad II. Baginda dilaporkan mempunyai 9 orang isteri dan dikurniakan 16 orang putera dan 13 orang puteri hasil perkahwinan sebelumnya. Diantara putera baginda hasil perkahwinan sebelum Tengku Sulong adalah:-
  1. Long Kundur
  2. Tengku Muhammad Saleh yang menjadi Temenggung
  3. Tengku Muhammad Patani
  4. Tengku Besar Tuan Mahmud (Tengku Sri Maharaja Tua)
  5. Tengku Idris (Tengku Indra Semerak) dianugerahi gelaran Phra Negararatta Nararaksha (Phra Nakaret Noraraks) oleh Raja Siam
  6. Tengku Sulaiman (Tengku Sri Vikrama Raja) dianugerahi gelaran Phra Rajanukara Prasidha (Phra Rachanukarn Prasit) oleh Raja Siam.
  7.  Long Mansur
  8. Tengku Besar Yusuf (Tengku Besar Indra Raja)
  9.  Tengku Chik Tuan Abdullah (Tengku Bendahara)
  10. Tengku Ibrahim
  11. Tengku Yakub
  12. Tengku Abdul Rahman[2] (Tengku Sri Asmara di-Raja)

Baginda turut berbesan dengan Long Mansor:
  1. Tengku Salleh (putera Long Mansor) berkahwin dengan Tengku Kembang (puteri Sultan Ahmad)
  2. Tengku Besar (putera Sultan Ahmad) berkahwin dengan Tengku Kalsom (puteri Long Mansor)
Perkahwinan ini dipercayai bermotif politik dan ada kaitan dengan usaha-usaha bagi melemahkan gerakan bagi menaikkan semula keturunan Long Gaffar di Kelantan.

MANGKAT
Sultan Ahmad mangkat pada 27 Februari 1890.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...