Pada tahun 1339, Raja Bharubhasa
iaitu putera Raja Sang Tawal yang berpusat di Langkasuka telah membangunkan
sebuah empayar baru, tetap usia empayar ini sangat singkat. Empayar ini
dinamakan Chermin dan ianya meliputi Bahagian Utara Semenanjung, Champa,
Kemboja dan Samudera.
Namun, enam tahun kemudian
empayar ini telah runtuh pada 1345 setelah Champa dan Kemboja memberontak dan
ancaman dari Kerajaan Ayudhia hingga Raja Bharubhasa terpaksa membayar ufti
kepada Ayudhia ini. Hal ini juga menyebabkan seluruh Semenanjung sehingga pulau
Temasik turut termasuk bawah penguasaan Ayudhia.
Raja Bharubhasa telah memindahkan
ibu kotanya ke Kelantan iaitu tempat nenek moyangnya. Sejak itu Kelantan
kembali berperanan dalam sejarah. Pada tahun 1357, Gajah Mada dengan tenteranya
dari Majapahit dari Jawa Timur telah menggempur kedudukan Ayudhia di Pulau
Temasik untuk menghapuskan penguasaannya keatas tanah semenanjung.
Setelah itu, negeri-negeri dalam
semenanjung termasuk Kelantan telah tunduk tanpa perang kepada Majapahit. Gajah
Mada telah bergabung dengan Raja Bharubhasa memimpin tentera masing-masing
menyerang ke utara untuk meluaskan kekuasaan Majapahit ke Dataran hingga ke Ayudhia
dan Kemboja.
Maharaja Majapahit, Sri Maharaja
Hayam Wuruk membahagikan empayarnya yang besar kepada dua :
- Majapahit Timur : Meliputi Kepulauan berpusat di ibu kota Majapahit, Jawa Timur dan
- Majapahit
Barat : Meliputi Semenanjung, Sumatera, Ayudhia dan Kemboja berpusat di
Kelantan. Majapahit Barat ini segera dinamakan Empayar Chermin Jiddah.
Bermula 1395, Raja Ayudhia telah
memberontak dan menyerang ke Selatan untuk menguasai negeri-negeri dalam
Semenanjung hingga ke Pulau Temasik dalam tahun 1401. Kira-kira 1432, Raja
Kelantan yang bergelar Sultan Iskandar Shah, cucu Raja Bharubhasa yang baru
kembali dari ibu kota Majapahit telah membangunkan semula Empayar Chermin
Jiddah yang telah runtuh dengan mengambil persetujuan dari beberapa negara yang
telah berpecah belah untuk bergabung semula dalam suatu empayar. Baginda
menamakannya “Empayar Majapahit”. Sejarah empayar ini penuh mencatatkan
peperangan demi peperangan dengan Ayudhia. Inilah empayar yang berpusat di
Tanah Semenanjung yang mana sejarahnya amat erat dengan Melaka atau Champa
kerana menentang serangan-serangan Ayudhia itu. Juga inilah Empayar Majapahit
di mana Hang Tuah selalu datang mempertunjukkan kehandalannya melawan tentera
Siam yang selalu menyerang dari Patani dan perkara inilah yang menimbulkan
percanggahan dalam sejarah, kerana orang menggambarkan Majapahit tempat yang
selalu dilawati oleh Hang Tuah ialah Jawa Timur.
Keris kedaulatan Empayar
Majapahit (Keris Pelangi Merbo) ini masih menjadi keris kedaulatan raja-raja
Kelantan turun temurun hingga sekarang. Selepas ini, kami akan lanjutkan
pengisahan Raja-Raja Kelantan dan Patani dari susur galur Ahlul Baits.
No comments:
Post a Comment