SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 18 November 2013

Sultan Muhammad III 1890-1891

Nama asal baginda ialah Long Kundor iaitu putera sulong Sultan Ahmad. Baginda menaiki takhta pada tahun 1890 dan mempunyai tempoh pemerintahan yang singkat apabila baginda mangkat pada tahun 1891. Semasa pemerintahan baginda timbul pertikaian dalaman berkaitan jawatan penting didalam kerajaan baginda apabila beberapa orang adinda baginda tidak diberi sebarang jawatan iaitu:

  1. Long Mahmud
  2. Long Salleh
  3. Long Sulaiman
  4. Long Yusoff
  5. Long Abdullah.
Di samping itu kerajaan Siam telah mula menunjukkan minat semula untuk meluaskan pengaruh ke Kelantan dan pada tahun 1890, Raja Siam telah melawat Kelantan.

KELUARGA
Baginda mempunyai beberapa orang putera:
  1. Tengku Long Senik (Sultan Muhammad IV)
  2. Tengku Besar Long Ahmad
  3. Tengku Long Zainal Abidin (Raja Dewa), mempunyai putera iaitu:
Ø  Tengku Sri Maharaja Muhammad Hamzah, Menteri Besar Kelantan yang terakhir yang dilantik oleh Sultan tanpa pilihanraya, mempunyai putera iaitu:
·         Tengku Sri Utama Raja Abdul Aziz, Pemangku Raja Kelantan (2010) mempunyai putera:
v  Tengku Panglima Raja Datuk Muhammad Rizam
v  Tengku Razaleigh bin Tengku Muhammad Hamzah


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...