SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 18 November 2013

EMPAYAR JAWAKA MALAYUR

Pada pertengahan abad ke-13, dalam zaman pemerintahan Maharaja Suran ketika baginda sedang berperang di Sri Lanka yang memberontak, empayarnya di Asia Tenggara telah runtuh kerana pemberontakan anak saudaranya Sang Nila Utama dari Sumatera. Maharaja Suran telah menggandaikan Pulau Sri Lanka kepada Raja Pandya di India Selatan dan meminjam sejumlah besar tenteranya untuk menundukkan kembali negara-negara yang berpisah.

Maharaja Suran memberikan nama baru bagi empayar Sampugita yang telah runtuh itu dengan nama Empayar Jawaka. Meskipun baginda masih menjadikan Kelantan sebagai wilayah pusat, namun dalam zamannya peranan besar Kelantan dalam sejarah mulai surut. Empayar Jawaka terlibat dalam peperangan dengan Pandya dalam merebut Pulau Sri Lanka dan peperangan dengan Sukhothai disebelah utara untuk menahan perkembangan bangsa Thai atau Siam yang mendesak ke selatan.

Penghujung abad ke-13, Raja Sang Tawal cucu kepada Maharaja Suran memindahkan ibu kotanya dari Kelantan kearah utara iaitu ke wilayah Phatthalung, hampir dengan Ligor untuk mempertahankan semenanjung dari ancaman bangsa Thai itu. Baginda menamakan empayarnya yang telah merosot dengan Malayur. Empayar ini hanya meliputi kawasan dari Terengganu hingga Sengenting Kra sahaja.

Peperangan menentang Sukhothai terjadi selama beberapa dekad. Dalam Yuan Shih  ada disebut tentang peperangan yang lama diantara orang-orang Sien (Siam) dan Mali Yu Eul atau Mali Yu Erh (Malayur) dan oleh kerana ini Maharaja Tartar yang memerintah China menghantar surat kepada Raja Sukhothai dalam tahun 1295 melarangnya supaya jangan meneruskan peperangan itu.


Akhirnya Empayar Malayur ini runtuh dalam bahagian pertama abad ke-14 kerana serangan Sukhothai. Raja Sang Tawal memindahkan ibu kotanya dari Selatan ke Langkasuka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...