SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 18 November 2013

Long Bahar 1721 – 1734

Long Besar atau juga dikenali sebagai Long Bahar atau Tok Ku, adalah pemerintah kerajaan Jembal (Kedai Lalat sekarang).

ASAL
Baginda berasal dari Patani yakni anak Datuk Pengkalan Tua yang menjadi raja di sana. Baginda kemudiannya merantau ke Kelantan bersama ayahandanya lalu berkahwin dengan Raja Nah puteri Sultan Umar, pemerintah Jembal ketika itu. Sebelum itu, bagindah telah mempunyaï isteri di Patani.

MENAIKI TAKHTA
Baginda memerintah Jembal selama 12 tahun, berikutan kemangkatan Sultan Umar dan penyerahan takhta Jembal oleh Raja Kecil Sulung putera Sultan Umar. Dengan pelantikan sebagai raja di Jembal itu, maka berakhirlah keturunan Puteri Saadong yang selama ini memerintah Jembal, dan bermulalah pula keturunan baru yang memerintah Kelantan hingga kini.

Sebelum itu, pada 1702, baginda membina Istana Sening (dekat Jembal) dan tinggal di sana. Kemudian, pada 1702, baginda membina pula sebuah kota di Kubang Labu (Wakaf Bharu kini), dikenali sebagai Kota Kubang Labu. Apabila baginda dilantik sebagai raja di Jembal, Kota Kubang Labu diserahkan baginda kepada Long Sulaiman, anakanda baginda dengan isteri baginda di Patani.

MANGKAT
Baginda mangkat pada 1734 dan dipercayai dimakamkan di Kampung Tok Ku, Kedai Lalat, Kota Bharu.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...