Lawatan Henry Norman, Ahli Parlimen British ke
Kelantan pada 1890
Kemangkatan Sultan Ahmad ibni Sultan Muhammad 2
pada 27 Februari 1890 telah mencetuskan pergolakan politik di Kelantan. Sultan Ahmad adalah Putera sulung kepada
Sultan Muhammad 2, sebelum naik ditabalkan sebagai Sultan, Baginda telah
dilantik sebagai Raja Kelantan dan
perwaris sah sebagai Sultan Kelantan. Sultan Ahmad hanya sempat menaiki takhta
selama 4 tahun dan takhta telah digantikan oleh anakanda baginda iaitu, Tuan
Kundor dan menaiki takhta dengan nama Sultan Muhammad 3.
Pergolakkan politik di Kelantan berpunca ketika
pemerintahan Sultan Muhammad 3. Punca-punca pergolakan tersebut:
- Pembahagian harta pusaka Sultan Ahmad yang enggan dilaksanakan dengan saksama oleh Sultan Muhammad 3
- Pembahagian elaun yang tidak menentu kepada ahli-ahli kerabat diRaja yang berkenaan
- Ketiadaan pembahagian tugas-tugas pentadbiran di antara ahli Kerabat diRaja yang berkenaan
- Pengelibatan ahli-ahli Kerabat diRaja dalam Mesyuarat-Mesyuarat Majlis Negeri.
- Pemerintahan Sultan Ahmad dikatakan keras sedikit.
Pekara ini telah dinyatakan dalam surat-surat yang
telah dikirimkan oleh putera-putera almarhum Sultan Ahmad sendiri kepada Tuan
Skinner, Pemangku Setiausaha Jajahan di Singapura dan Residen British di negeri
Pahang, melalui Raja Pahang. Surat-surat itu bertarikh 6 Mac 1890, kira-kira 3
minggu setelah kemangkatan Sultan Ahmad. Putera-putera raja Kelantan itu adalah
Tuan Mahmud, Tuan Salleh, Tuan Sulaiman, Tuan Yusof dan Tuan Abdullah.
Julai 1890, seorang ahli parlimen British bernama
Henry Norman telah membuat lawatan ke Timur Jauh, termasuk Semenanjung Tanah
Melayu. Waktu di semenanjung beliau telah melawat Kelantan melalui sungai dari
negeri Perak melalui Reman dengan menaiki rakit hingga ke Kota Bharu.
Semasa bermalam di atas rakitnya di tepi tebing
Sungai Kelantan di kampong Pasir Pekan berhadapan dengan Kota Bharu, Henry
Norman telah didatangi ole empat orang Putera Raja iaitu adik beradik kepada
Sultan Muhammad 3 yang baru saja menaiki takhta sebagai Kelantan.
Dalam pertemuan selama empat jam itu, Henry Norman
telah mendengar cerita yang amat menarik dan mendebarkan mengenai pergolakan
politik Kelantan ketika itu. Putera-putera raja telah memberitahu bahawa
saudara meraka iaitu Sultan Muhammad 3 bukanlah raja yang sebenar. Baginda
telah merampas kuasa diRaja dan telah menggunakan banyak wang, termasuk yang
diperolehi daripada harta pusaka untuk dihadiahkan kepada pegawai-pegawai Siam
bagi mendapatkan pengiktirafan terhadap kedudukan baginda sebagai Raja
pemerintah Kelantan. Mereka kata baginda seorang Raja yang zalim kepada setiap
orang termasuk kepada diri mereka sendiri. Baginda telah mengeluarkan perintah
supaya menyingkirkan atau mengusir orang Puteh yang masuk atau dating ke negeri
Kelantan. Baginda amat dibenci oleh semua orang termasuklah rakyat baginda
sendiri.
4 orang putera itu juga menyatakan mereka sedang
merancang untuk memberontak tetapi mereka tidak mempunyai senjata dan wang yang
cukup, mereka juga bertanyakan kepada Henry Norman adakah Gabenor British di
Singapura boleh bersimpati dengan
perjuangan mereka serta menolong mereka. Henry Norman hanya mendengar sahaja
aduan mereka itu dan tidak membuat sebarang janji. Sebelum meninggalkan Henry
Norman diakhir pertemuan itu, salah seorang daripada mereka yang mereka
cadangkan untuk menjadi Sultan telah menghadiahkan sebilah pisau penikam yang
kecil bertatah emas (badik) sebagai cendermata perpisahan.
Walaupun Henry Norman tidak menyebut nama
keempat-empat putera raja Kelantan yang telah datang berjumpa dengannya diwaktu
tengah malam itu, kita boleh simpulkan ianya adalah Tuan Mansor yang
menggantikan Sultan Muhammad 3 pada bulan Mei tahun 1891 sebagai Raja Kelantan
dan bergelar Sultan Mansor pada tahun 1897 hingga tahun 1899. Henry Norman
menyebut baginda sebagai seorang muda yang sangat cerdik dan sopan santun.
Berikut adalah terjemahan kisah yang ditulis oleh
Henry Norman dalam bukunya yang bertajuk The People and Politics of the Far
East.
PETIKAN
TERJEMAHAN BAB 6 : A JOURNEY TO FORBIDDEN KINGDOM dalam buku THE PEOPLE AND POLITICS OF THE FAR EAST.
Ketika saya naik ke tebing sungai di Kota Bharu,
saya lihat Sultan[1] sedang meneliti sebuah bangsa besar seperti bangunan yang
telah dibina untuk menyambut Raja Siam[2] yang dijangka akan melawat negeri
Kelantan. Sebuah Jeti panjang serta lorong berjalan yang tertutup juga sedang
dibina untuk menyambut ketibaan Raja Siam itu, dan sehelai bendera Siam sedang
berkibar di sebelah penghujung lorong berjalan itu.
Pada sebelah petang hari itu, Wan Yusof[3]
menghantar kepada saya satu pesanan bahawa Sultan akan menerima saya mengadap
pada hari esoknya dibalai yang juga telah didirikan untuk menyambut Raja Siam
itu. Balai tersebut telah pun siap dan dihiaskan secukupnya dan oleh kerana itu
dianggap tempat pertemuan yang sesuai.
Pada malam itu saya telah didatangi dua orang
pelawat atau tetamu yang memberitahu saya cadangan yang pelik yang belum pernah
saya dengar atau terima. Pada waktu petang hari itu, Ali[4] beritahu saya
bahawa dua orang utusan dari Bandar berhajat hendak bercakap dengan saya,
tetapi mereka tidak mahu datang ke khemah saya, dan memohon saya pergi bertemu
dengan mereka di hujung semak tidak beberapa jauh daripada tempat saya
berkhemah.
Tentu sekali saya mengesyaki suatu komplot, tetapi
Ali mengatakan beliau pasti para utusan itu tidak ramai, jadi saya pun pergilah
menemui mereka. Saya mengenali salah seorang daripada mereka iaitu orang yang
sama saya temui di balai Sultan pada pagi yang sama. Kedua orang utusan itu
meminta untuk bercakap dengan saya selama satu minit, saya pun berjalan-jalan dua
puluh langkah bersama mereka. Lepas itu mereka memberitahu saya, seolah-olah
dalam ketakutan dan secara sulit, bahawa empat orang adinda Sultan itu ingin
hendak tahu bolehkah saya menyambut mereka pada tengah malam itu, kerana mereka
ada khabar penting hendak diberitahu kepada saya.
Saya pun, bertanya kerana apakah mereka tidak
datang berjumpa saya secara terbuka pada siang hari. Para utusan itu
menjelaskan bahawa anak-anak Raja takut kepada kekanda mereka iaitu Sultan,
yang menyuruh semua tinggal dalam rumah masing-masing, dan tidak dibenarkan
keluar rumah tanpa kawalan, dan jika banginda tahu mereka itu datang menemui
saya, baginda akan murka dan akibatnya adalah teruk kepada setiap orang yang
berkenaan. Saya masih wasangka mengenai cadangan ini, lalu mengemukakan
beberapa soalan kepada mereka; tetapi akhirnya saya beranggapan pekara itu
benar seperti apa yang mereka katakana, dan oleh kerana itu, lebih-lebih lagi
ianya mungkin boleh memberi faedah, saya
pun berkata kepadanya bahawa saya seorang diri sahaja akan berada dalam
khemah saya itu menunggu ketibaan mereka pada waktu tengah malam, malam itu.
Selanjutnya setelah semua orang pulang ke Bandar,
saya pun padamkan lampu saya dan duduk dekat pintu di sebelah dalam khemah saya
itu, menunggu. Tidak lama kemudian saya Nampak dua bayang orang dalam gelap,
tidak berapa jauh daripada saya, membuat isyarat kepada saya. Saya berfikir
kalau saya pergi seorang diri ketempat dua orang itu saya mungkin menempah
bala, oleh itu saya senyap-senyap memangil Buta[5], yang sedang berjaga di
rakit, dan kami bersama berjalan ketempat dimana saya melihat dua bayang itu.
Apabila sampai, ternyata mekera adalah dua orang utusan yang datang menemui
saya tengah hari tadi. “Dimanakah anak-anak
raja itu? Saya bertanya. Mereka kata mereka meminta maaf tidak dapat hadir.
‘Mengapa?’ ‘Orang-orang jaga’. Sultan mengadakan kawalan ketat terhadap
adinda-adindanya sehingga mereka tidak dapat kemana-mana: oleh sebab itu
temujanji itu ditunda kepada malam esok. Saya guna cara seperti semalam, dan
pada jam 1:00 pagi, mereka: empat orang anak raja, serta dengan dua orang yang sama pun datang.
Dua orang utusan itu tinggal diluar khemah dengan dijaga oleh salah seorang
Sikh[6] yang saya letakan sebagai pengawal tiada berapa jauh daripada khemah
saya dengan perintah supaya tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri khemah
saya.
Berikutnya, selama kira-kira empat jam, saya
mendengar cerita yang aneh tetapi menarik. Oleh kerana orang-orang yang
berkenaan masih lagi hidup[7], dan Kota Bharu berada tidak jauh dari Singapura
dimana berita boleh sampai dengan mudah, maka terpaksa saya sebut disini dengan
ringkas sahaja. Perkara utama yang disebut dalam pertemuan itu adalah bahawa
anak-anak raja itu berpendapat kekanda mereka, Sultan, telah merampas kuasa
diRaja, dan telah menggunakan wang yang terhak kepada adinda-adindanya untuk
menyogok orang-orang Siam bagi mendapatkan pengiktirafan di atas kedudukannya
itu.
Baginda, mereka itu memberitahu kepada saya,
seorang raja yang sangat zalim kepada setiap orang termasuklah diri mereka[8],
baginda bertekad tidak membenarkan orang-orang puteh memasuki negeri Kelantan,
dan telah pun mengeluarkan perintah-perintah kejam bagi mencegah orang puteh
dari memasuki negeri Kelantan[9] ; baginda amat dibenci oleh rakyat-rakyatnya
sendiri; dan mereka itu berura mahu melancarkan pemberontakan. Cerita-cerita
yang diberitahu oleh mereka kepada saya mengenai kekanda mereka telah mendapat
simpati saya dan salah seorang daripada merkea yang dicadangkan menaiki takhta
Kelantan menarik perhatian saya sebagai seorang muda yang sangat cerdik dan
bersopan santun.[10]
Mereka menegaskan kepada saya bahawa jika mereka
member isyarat, tiga daripada empat orang Melayu di daerah luar Bandar akan
bangkit menentang kekanda mereka. Kekurangan mereka hanyalah senjata dan wang;
Sultan mempunyai kedua-duanya dalam jumlah yang banyak. Mereka bertanya kepada
saya apakah saya fikir Tuan yang Terutama Gabenor di Singapura akan bersimpati
dengan hasrat atau perjuangan mereka dan akan menolong mereka. Mendengar
pertanyaan mereka itu, saya pun tersenyum, oleh kerana saya berfikir apakah
reaksi atau penerimaan yang akan saya dapat daripada Sir Cecil Smith sekiranya
saya ini menjadi utusan mereka itu, dan saya memberitahu mereka bahawa saya
yakin, pada pendapat saya, bahawa Gabenor tidak akan berbuat apa-apa untuk
menggantikan kekanda mereka sebagai raja di Kelantan, dan jika mereka sendiri
Berjaya menyingkirkan kekanda mereka, saya juga berpendapat dan yakin bahawa
tiada sebarang Pegawai British yang akan member pertolongan kepada mereka itu.
Kemudian mereka mendesak saya. Sanggupkah saya
mendapatkan bagi mereka sejumlah wang ringgit serta membawa senjata dan peluru
kesuatu tempat di pantai di mana pengikut-pengikut setia mereka akan menunggu
berjumpa dengan saya? Jika saya dapat berbuat demikian, mereka itu berjanji,
pertamanya mereka tidak akan berlaku zalim; keduanya, negeri Kelantan akan
dibuka kepada orang-orang Puteh dan konsesi-konsesi untuk berlombong dan
berladang akan diberi dengan syarat-syarat atau terma-terma yang munasabah;
ketiganya, mereka akan kurniakan kepada saya keistimewaan-keistimewaan tertentu
yang tidak payah saya sebut di sini.
Akibatnya, jika rancangan itu Berjaya, ia akan
tentu sekali menguntungkan rakyat Kelantan yang merana itu dan juga orang-orang
sebangsa dengan saya. Lagi pun, pada jangkaan saya, tiada beberapa tahun lagi
pasti akan berlaku perkembangan politik di negeri itu.
Ada pun budi pekerti Sultan dan corak
pemerintahannya amatlah teruk keadaannya dan dengan demikian barangkali tidak
ada seorang pun yang akan berfikiran panjang untuk menggulingkannya. Saya
memberitahu mereka saya akan memberikan pertimbangan terhadap cadangan mereka
itu, dan menjelang fajar keempat-empat anak raja itu pun meninggalkan saya.
Mereka berjalan mengikuti tebing sungai ketempat mereka bersembunyi kira-kira
satu batu jauhnya dan kemudian menaiki perahu menyeberang sungai kembali
ketempat mereka masing-masing.
Pada malam esoknya, keempat-empat anak raja itu
datang sekali lagi berjumpa dengan saya. Saya memberitahu mereka peristiwa yang
telah berlaku semalam itu tidak patut difikirkan lagi. Walaubagaimana pun,
mereka mendesak say, iaitu selepas saya meninggalkan negeri Kelantan kelak, supaya saya mengambil
ingatan akan perkara-perkara yang telah mereka beritahu kepada saya. Kemudian
mereka pun meninggalkan saya dengan menaruh harapan bahawa satu hari nanti saya
mungkin akan kembali ke Kelantan serta berpeluang untuk menolong menyelamatkan
negeri mereka daripada nasib yang malang itu. Sebelum meninggalkan saya, salah
seorang daripada mereka, yang mereka cadangkan menjadi Sultan, menghadiahkan
kepada saya sebilah pisau penikam yang kecil yang bertatahkan emas, sebagai
hadiah atau cenderamata perpisahan……….
(Terjemahan ini dipetik dari buku “The Peoples and
Politics of the Far East” oleh Henry Norman, T. Fisher Unwin, London, 1895 muka
surat 576 – 581)
________________________________________
[1] Tuan Mansor atau Long Mansor bin Tuan Kundor ialah putera kepada Tuan Kundor yang memerintah sebagai Sultan Muhammad 3 pada 6 Mei 1890, Tuan Mansor, adindanya telah menggantikannya sebagai raja Pemerintah Kelantan dengan gelaran Raja Kelantan. Hanya pada tahun 1897 barulah baginda bergelar Sultan Mansor.
[2] Raja Siam berkenaan adalah Chulalongkorn (1868 – 1910)
[3] Wan Yusof bin Wan Abdul Majid atau Nik Yusof bin Nik Abdul Majid ialah salah seorang pembesar Kelantan dizaman pemerintahan Sultan Muhammad 3 dan Sultan Mansor. Beliau dikatakan menjadi Menteri Besar Kelantan dizamanpemerintahan Sultan Mansor dan menyandang gelaran Dato’ Seri Paduka Raja tetapi beliau lebih dikenali sebagai Nik Seri Paduka.
[4] Ali ialah salah seorang pembantu Henry Norman yang datang bersamanya ke Kelantan.
[5] Buta ialah salah seorang pembantu Henry Norman yang datang bersamanya ke Kelantan.
[6] Sikh ialah salah seorang pembantu Henry Norman yang datang bersamanya ke Kelantan.
[7] Sultan Ahmad mempunyai 13 orang putera daripada kira-kira 9 orang isteri dan gundik. Mereka ialah Tuan Kundor, Tuan Salleh, Tuan Mamat (Muhamad), Tuan Mahmud, Tuan Putra, Tuan Idris, Tuan Sulaiman, Tuan Mansor, Tua Yusof, Tuan Ibrahim, Tuan Abdullah (Tuan Chik Adbullah), Tuan Yaakob dan Tuan Abdul Rahman. Keempat-empat adik beradik yang dipercayai menemui Henry Norman adalah Tuan Mansor, Tuan Salleh, Tuan Mahmud dan Tuan Sulaiman. Mengikut rekod British mereka yang menentang Sultan Muhammad 3 ialah Tuan Mahmud, Tuan Salleh, Tuan Sulaiman, Tuan Yusof dan Tuan Abdullah.
[8] Mengikut sumber tempatan Sultan Muhammad 3 menjalankan hukum Syarak dan sangat kuat berpegang kepada agama (Ringkasan Cetera, Kelantan, hlm.46)
[9] Satu peristiwa yang mungkin telah menyebabkan Sultan Kelantan amat murka dan benci kepada orang puteh berkenaan telah datang ke Kota Bharu, Kelantan dan telah melarikan isteri seorang pembesar Kelantan. Perkara itu telah dilaporkan kepada Gabenor British di Singapura. Mengikut Henry Norman, semasa berada di Kota Bharu, beliau mendapat tahu berikutan dengan peristiwa tersebut di atas, Sultan Kelantan telah membuat penyiasatan lalu kemudian menangkap 7 orang perempuan Kelantan yang diketahui sangat akrab dengan orang putih berkenaan, dicukur kepala mereka hingga botak dan dipaku cuping telinga mereka kepada batang pokok kelapa dan dibiarkan disitu beberapa hari.
[10] Putera raja berkenaan adalah dipercayai Tuan Mansor.
No comments:
Post a Comment