1499 Kelantan telah ditawan oleh Melaka dan ada
beberapa versi tentang Kelantan tunduk kepada Melaka pada waktu itu. Sulalatus Salatin menyebut bahawa
Kelantan dan Melaka berperang bagi mempertahankan tanah daulatnya. Namun,
Kelantan tewas dalam peperangan dengan Melaka yang diterajui oleh Tun Mutahir.
Seorang Putera dan tiga orang Puteri telah ditawan,
dalam perjalanan ke Melaka Putera Kelantan, Raja Gombak berjaya melarikan diri.
Hanya Puteri Onang Kening, Puteri Chupan dan Puteri Chupak di bawa ke Melaka.
Puteri Onang Kening telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah.
Hikayat Kelantan
pula menyebut, peperangan ini tidak berlaku, tetapi Kelantan tetap tunduk
kepada Melaka dengan Kebijaksanaan Tun Mutahir dan Sultan Mansur Syah. Sebagai
tanda akur, baginda menyerahkan tiga puterinya untuk di bawa ke Melaka.
Puteri Onang Kening yang berkahwin dengan Sultan
Mahmud Syah telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang puteri dan
seorang putera. Mereka adalah Raja Mah, Raja Muzzafar dan Raja Dewi.
Ringkasnya:
Sultan Mahmud Syah (Melaka) + Puteri Onang Kening
(Kelantan) dikurniakan:
- Raja Mah,
- Raja Muzzafar,
- Raja Dewi.
Diantara tiga puteri puteri ini, Raja Muzzafar lah
yang terlibat dalam beberapa konflik yang berkaitan dengan Melaka dan Johor
Lama... Hinggalah Portugis menawan Melaka pada 1511.
1511 Portugis menawan Melaka dan Sultan Mahmud Syah
terpaksa melarikan diri ke Kampar. Di Kampar, Sultan Mahmud telah ditabal
menjadi Sultan Kampar di Sumatera. Baginda
diriwayatkan mempunyai tiga orang Putera berlainan ibu iaitu:
- Raja Alauddin Riayat Shah,
- Raja Mudzaffar Shah dan
- Raja Ahmad Shah
- Raja Alauddin Riayat Shah mendirikan Kesultanan Johor Lama
- Raja Muzzafar Shah* dijemput untuk memerintah Perak dan menjadi sultan pertama dari Kesultanan Perak.
*Titihan daripada Raja Kelantan sebelah ibunya.
Menjadi
Sultan Perak
Berikut kami kongsikan bagaimana Raja Muzzafar Syah
ditabal menjadi Sultan Perak dan Pengasas kepada Kesultanan Perak.
“Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap diKampar (Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.
Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada putera baginda menjadi Sultan Perak.
Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya berangkat ke Perak dengan dikurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi Raja di Perak. Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang.
Pusat-pusat pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak
tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering bertukar dari suatu tempat
ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat lain yang lebih
sesuai.
Sultan Mudzaffar Shah I Ibni Almarhum Sultan Mahmud
Shah I adalah Sultan Perak yang pertama yang memerintah daipada tahun 1528
sehingga tahun 1549. Baginda adalah putera Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka
yang terakhir, hasil perkahwinan dengan puteri Onang Kening anak Raja Kelantan.
Baginda dimakamkan di Kampung Padang Marhum, Lambor.
Dikongsikan foto Makan Sultan Muzzafar Syah 1.
Sumber : Merah Silu.
Ulasan : Kelantan - Perak - Melaka mempunyai pertalian darah. Mungkin ini susur galur Sultan-Sultan Melayu silam. Namun, ini menunjukkan bahawa negeri kita ini mempunyai pertalian dengan saudara-saudara kita di negeri lain. Kenapa anda merasa rendah diri di kalangan kawan-kawan dari negeri lain. Kita punyai sejarah yang panjang, negeri kita juga pernah melalui zaman yang gemilang. Utuk itu kita perlu mengembleng tenaga dan berusaha menjadikan negeri kita gemilang kembali. Yang penting usaha......
SEKIAN.
No comments:
Post a Comment