PENDAHULUAN
Ribuan tahun dahulu dikatakan Kelantan bernama “Medang
Kamulan” sama erti dengan “Medang Permulaan” yang membawa maksud “Teras (kayu)
medang”. Ianya adalah tempat lahirnya dewa-dewa dan dewi-dewi dari Alam Kayangan
dan memegang peranan penting dalam Sejarah Asia Tenggara, Sejarah Jepun, China
dan India.
Menjelang abad pertama, ia bernama Medang Gana dan nama ini
kekal hingga abad ke-5. Pada abad pertama masihi Raja Medang Gana bergelar Sri
Kripawarman atau disebut juga sebagai Wan Pa. Watak ini dalam buku Nakula telah
menjadi pengasas keluarga DiRaja Kelantan yang paling lama dalam sejarah dengan
berterusan hingga awal abad ke-17.
Wan Pa mempunyai dua orang saudara yang terkenal iaitu
Maliniwarman (Wan Malini) dan seorang lagi bernama Kaundinyawarman (Wan
Kaundinya). Wan Kaundinya ini adalah pengasas kepada negara Gunung yang
terletak di Kemboja dengan catatan China merujuka negara ini sebagai Fu-nan
yang bermaksud Gunung.
Wan Pa adalah seorang pemerintah yang hebat, beliau telah
berjaya menakluk seluruh negara dalam semenanjung dan menggelarkan bangsa yang
mendiaminya dengan nama Jawa dan memberi nama tanah semenanjung menurut nama
bangsa itu sebagai Jawadwipa atau Yawadwipa yang bererti Kawasan Jawa atau
Tanah Jawa. Nama ini terpakai untuk seluruh Asia Tenggara kerana Wan Pa telah
menakluk seluruh Nusantara dan ianya kekal untuk beberapa abad. Kini nama ini
hanya dipakai oleh Pulau Jawa sahaja.
KEJATUHAN JAWADWIPA
Pada abad ke-3, empayar Jawadwipa telah runtuh akibat
diserang oleh Funan dan terus berada dibawah penguasaan Funan. Pada abad ke-5,
Kelantan dikenali sebagai Kalatana yang bermaksud Tanah Kala hal ini
diperkukuhkan dengan catatan China yang merekod Kelantan dengan nama Ho-Lo-Tan
atau Kou-lo-Tan. Manakala dalam buku Sung Shu yang disusun oleh Shen Yao
(414-512) dinyatakan Negara Ho-Lo-Tan menguasai atas She-p’o-chou yang
bermaksud Negara Kalatana menguasai atas Yawadwipa.
Pertengahan abad ke-6, nama Kalatana ini berubah apabila
seorang rajanya yang bernama Gautama dari Sri Kripawarman memberontak terhadap
pemerintah Gunung (Fu-Nan) dan berhasrat membina kota yang lebih strategic
untuk menangkis serangan dari Maharajanya. Beliau telah memindahkan ibu kotanya
kearah ulu Kelantan yang dilindungi oleh bukit bukau semulajadi yang kaya
dengan emas. Gautama telah menggelarkan negeri barunya ini sebagai
Raktamrittika yang bermaksud “Negeri Tanah Merah”
Hal ini diperkuatkan dengan catatan dalam Shi Shu yang
disusun oleh Wei Cheng (581-643) dengan merekod sebagai Chih-Tu yang bermaksud
Negeri Tanah Merah. Perkara ini dicatatkan pada tahun 607M ketika seorang
Utusan Maharaja China melawat negara Raktamrittika. Utusan tersebut telah
memperincikan kedudukan negara Chih-Tu ini dengan menyatakan ianya mengambil
masa 10 hari pelayaran dari arah utara ke Seletan dan pantainya mengahadap
kearah utara dan antaranya adalah champa. Ibu kotanya terletak kearah ulu
sungai. Apabila kapal tiba dikawasan Jeram, kapal tersebut telah ditarik dengan
Rantai Emas dan ini membuktikan kawasan ini amat kaya dengan Emas.
SEKIAN…..
No comments:
Post a Comment