SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Tuesday, 19 November 2013

Pengkalan Udara Gong Kedak, Pasir Puteh


gong-kedak
Atas faktor Keselamatan, rakaman gambar Pengkalan Udara Gong Kedak tidak boleh dimuat naik
Landasan Kapal Terbang Gong Kedak telah wujud sebelum Perang Dunia Ke Dua lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh pihak Tentera Udara British untuk sesi latihan dan seterusnya pada tahun 70an sehingga 1989, landasan kapal terbang ini digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khususnya latihan payung terjun. (artikel lanjut di Laman Web Rasmi TUDM)
Asasnya, lapangan terbang ini dibina oleh British untuk tujuan domestik serta perdagangan kerana Pasir Puteh sebelum Perang Dunia adalah sebuah bandar pelabuhan sama seperti di Tumpat dan ianya adalah nadi ekonomi Kelantan pada waktu itu.
British membinanya bagi memudahkan mereka untuk megawal aktiviti perkapalan dan pelabuhan ini disamping itu, ia juga amat strategik untuk pertahanan udara Kelantan dan ini ia juga satu pengkalan yang signifikan untuk pertahanan udara semenanjung Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...