Tahun 673, Sri Jayanaga telah memakai gelaran Sri
Maharaja Sri Wijaya. Baginda telah berjaya menakluk Segenting, Dvaravati
(Thailand-Kemboja- Laos), juga Arimadana (Myanmar) berjaya ditakluk. Dalam
tahun 683 baginda telah menakluk sumatera selatan melalui Kedah, dan ini ada
tercatat dalam prasasti Kedukan Bukit yang ditemui di sekitar Palembang. Dalam
prasasti ini dinyatakan bahawa Baginda telah menyerang kawasa Palembang dengan
20,000 tentera dan ini membuktikan bahawa Palembang bukan pusat asal Sriwijaya.
Dari Palembang, baginda menyerang Malayu yang terletak di Jambi dan menguasai
seluruh Sumatera. I-Ching dalam pelayaran pulang beliau dari India ke China
pada 685M telah mencatatkan bahawa Negeri Malayu sekarang telah menjadi
Sriwijaya.
Setelah berjaya menakluk Kota Malayu, Sri Maharaja
Sriwijaya telah menghantar puluhan utusan kepada semua negara-negara yang
terdapat di kepulauan dengan memberi kata dua iaitu “Bayar Ufti atau Perang”.
Semua negara telah tunduk tanpa perang kecuali Kalingga yang terletak di Bumi
Jawa iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah. Prasasti Kota Kapur di Pulau Banka
bertarikh 686 masihi adalah amaran kepada penduduk supaya jangan menderhaka
ketika baginda menyerang Bumi Jawa dan prasasti ini ditulis semasa serangan
pertama Sriwijaya keatas Kalingga.
Pada serangan kali ketiga ke Kalingga, Maharaja sri
Wijaya telah gugur dalam perang yang berlaku di Muka Selat Madura dalam tahun
692 Masihi. Dalam peperangan ini, angkatan tentera Kalingga telah dapat
ditewaskan, namun angkatan Sriwijaya tetap pulang ke Sumatera ekoran
kemangkatan Maharaja Sri Wijaya.
Maharaja Sri Wijaya ini sebenarnya sering ditemani
2 tokoh besar selain dari angkatan perangnya. Mereka ialah Permaisuri Baginda
iaitu Dewi Jayanaga yang digelar Puteri Saadong 1, manakala seorang tokoh lagi
ialah adinda Baginda, iaitu Shakyakirti yang juga penasihat kerohanian
baginda,beliau mempunyai beberapa gelaran antarannya Kasawsiddhi yang
kemudiannya terkenal dengan gelaran Awang Selamat. Ketika serangan ini
dilakukan Shakyakirti tidak turut serta kerana beliau telah pulang ke negara
Sriwijaya Mala dan terus ke Khemra Hilir untuk mematahkan pemberontakan yang
berlaku disana.
KEJATUHAN
EMPAYAR SRIWIJAYA
Setelah kemangkatan Maharaja Sri Wijaya, empayar
ini telah berpecah dua antara putera baginda. Ianya berpecah mengikut geografi,
dimana bahagian daratan dan bahagian kepulauan. Bahagian daratan dirajai oleh
Sri Maharaja Dwipantra dan terkenal dengan gelaran Maharaja Dipang dan
memerintah dari Sriwijaya Mala (Kelantan).
Bahagian kepulauan pula dirajai oleh Putera kedua
iaitu Maharaja Dhiraja, memerintah dari Kota Matajap berhampiran Kuala Sungai
Musi, Sumatera. Baginda juga adalah nenek moyang orang-orang Minangkabau yang
tinggal di Pantai Barat Sumatera, juga nenek moyang orang Negeri Sembilan. Empayar
Sriwijaya di bahagian daratan telah mengalami perpecahan yang lebih besar
dengan berlakunya pemberontakan dari Khemra Hilir dan Khemra Hulu, Dvaravati
dan Arimadana. Hanya tanah segenting dan semananjung sahaja yang taat. Pada
ketika itu, terdapat pertikaian telah berlaku dengan empayar kepulauan.
MEDANG BHUMI
Ketika zaman krisis ini, nama Sriwijaya Mala telah
diubah nama kepada Medang Bhumi dan ianya kekal hingga beberapa abad
kemudiannya. Sejarah Melayu ianya disebut dengan nama Amdan Negara. Ketika itu,
empayar ini mengalami peralihan zaman dan ianya telah melahirkan dua nama yang
berbeza iaitu empayar daratan telah mengubah namannya kepada Tanah Sri Indah
Sekebun Bunga manakala empayar kepulauan ini tetap dengan nama Sriwijaya. Zaman
inilah berlakunya perpindahan nama Sriwijaya ke Sumatera.
EMPAYAR
TANAH SRI INDAH SEKEBUN BUNGA
Empayar Sriwijaya yang runtuh ekoran kelemahan
pemerintahan telah dibangun semula oleh cucu Maharaja Sri Jayanaga iaitu Jaya
Sinha dan bergelar sanjaya atau Sanjaya putera, sebenarnya beliau mempunyai
lebih dari 100 gelaran. Gelaran yang paling terkenal kepada beliau di Kelantan
adalah Dewa Muda. Berpusat dari Medang Bhumi, Sanjaya yang berpangkat Raja Muda ketika itu telah
diarahkan oleh bapa saudaranya iaitu Sri Maharaja Dwipantara sejak dari 713
masihi untuk menawan semula Khemra Hilir (Kemboja), Wentan (Vietnam – Laos),
Dvaravati (Thailand) dan Arimadana (Myanmar). Kemudian baginda pulang semula ke
Medang Bhumi dalam tahun 725 Masihi iaitu setelah 12 tahun menjalankan
ekspedisi penaklukan tersebut. Baginda pulang ke Medang Bhumi, ketika itu
diperintah oleh kakaknya Sri Maharaja Putera. Tiga tahun berehat di Medang
Bhumin, Raja Muda Sanjaya telah keluar lagi pada tahun 728M menuju kearah
kepulauan untuk menyatukan semula negara-negara yang terpisah.
Angkatan Sanjaya telah menakluk Kalingga,
kemudiannya baginda menawan kepulauan Nusa Tenggara dan pulang semula ke
Kalingga pada 732M. Setelah itu, baginda telah menakluk Jawa Barat dan
menyerang Wilayah Pusat Sriwijaya yang terletak di Sumatera Selatan yang
diperintah oleh sepupunya. Akhirnya Sanjaya telah berjaya dalam misinya dengan
menakluk seluruh pulau sumatera. Baginda pula semula ke Medang Bhumi dengan
membawa kemenangan menakluk kepulauan sumatera.
Baginda tidak lama berada di Medang Bhumi, kerana selepas itu ia telah
keluar lagi untuk menakluk Pulau Kalimantan. Semasa berada di Kalimantan,
baginda telah menghantar adindanya Prithindra untuk menakluk Champa.
Pada tahun 767M Sanjaya telah mengepalai
angkatan bersenjatanya dari Medang Bhumi
untuk membebaskan Orang Viet yang meminta bantuan sanjaya untuk mematahkan
pendudukan tentera China di wilayah Tongking. Dalam serangan ini, Sanjaya telah
berjaya menawan Gio-Chi (Hanoi) tetapi ia telah dikalahkan oleh angkatan China
dalam serangan balas dengan angkatan tentera yang lebih besar. Setelah angkatan
Sanjaya ditumpaskan oleh China, mereka telah berundur dan merempuh kepulauan
Sulawesi dan akhirnya dapat menawan Kepulauan Danu (Filipina). Penaklukan
kepulauan Danu dalam Empayar Tanah Indah Sri Sekebun Bunga telah melengkapkan
seluruh Jagat Tanah Jawa ini iaitu Asia Tenggara. Pada tahun 799M, Sanjaya
telah diangkat menjadi Sang Ratu Sanjaya atau Maharaja Sanjaya setelah beliau
pulang semula ke Medang Bhumi.
4 tahun kemudian, iaitu pada 803M Sanjaya telah
melancarkan Program Penaklukan Dunianya. Bagi mencapai tujuan ini, Sanjaya
telah bertolak ke Pulau Madagaskar melalui Kuala Sungai Musi melalui Acheh
dengan merentasi Lautan Hindi dan beliau telah berjaya menakluk pulau itu. Dari
Madagaskar, angkatan Sanjaya telah menyerang Benua Afrika dan Sriwijaya telah
berjaya menawan Pantai Timur hingga ke Pantai Barat Benua Afrika itu. Ekspedisi
perluasaan kawasan ini telah terakam dalam riwayat tradisi dan cerita wayang
kulit yang dinakan Cerita Panji dalam wayang Melayu. Dalam Cerita Panji ini,
peperangan dengan suku Afrika ini biasanya digambarkan sebagai peperangan
dengan bangsa kera, lutung, pekakoh dannkiuman.
Dalam episod perluasan kuasa ini, Sanjaya telah
menjadikan Pulau Madagaskar sebagai pusat kawalan pemerintahannya. Setelah
berjaya menawan Afrika, angkatan Sanjaya telah membuat satu lawatan ke Kota
Baghdad dan membuat pertemuan dengan Khalifah al-Amin yang disebut dalam
riwayat tradisi dengan gelaran Sri Maharaja Kusumabhadra. Selebihnya tentang
hubungan Sriwijaya dengan Dunia Arab akan kita kupas dalam entri berikutnya.
Dari Kota Baghdad, angakatan Sanjaya telah bertolak
pulang ke Asia Tenggara mengikut arah Timur, sambil itu angkatan Sanjaya ini
telah menyerang benua India dan menaklukinya. Pada mulanya mereka telah
menyerangChera (Malabar) yang terletak di Pantai Barat India. Akhirnya, Sanjaya
berjaya menumpaskan semua kerajaan yang terkenal di Benua kecil India terutama
negara Chola yang kemudiannya menyerang semula Sriwijaya yang ketika itu
berpusat di Kedah.
Akhirnya Sanjaya telah pulang berehat ke Medang
Bhumi. Semasa berehat, telah timbul hasrat beliau untuk mencari tempat matahari
terbit iaitu dari barat dan orang ketika itu menggelarkan benua tersebut
sebagai Kusadwipa iaitu Benua Amerika sekarang ini yang ketika itu dikuasai
oleh Bangsa Maya. Ketika itu Sanjaya
telah berumur 130 tahun.
Sebagai merealisasikan usaha ini, Sanjaya telah
mengadakan lawatan ke seluruha Jagat Alam Jawa untuk membentuk angkatan tentera
dan usaha ini telah dilakukan selama 2 tahun. Setelah berjaya mengumpul bala
tentera, Baginda Sanjaya telah pulang semula ke Medang Bhumi. Tidak lama
setelah itu, baginda telah jatuh mangkat pada tahun 829M. Sebelum kemangkatan,
Baginda telah memesan agar empayar yang dijajah angkatan perangnya
dinamakanSampugita
No comments:
Post a Comment