Versi Mainstream
Long Yunus bin Long Sulaiman
dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri
Kelantan seperti sekarang. Baginda dikatakan mula menaiki takhta pada tahun
1762 dan memerintah sehingga tahun 1794.
Long Yunus turut serta dalam
rombongan Long Gaffar ke Terengganu. Semasa di Terengganu Long Yunus telah
dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perempuan Engku
Tanang Wangsa, Yang di-Pertuan Tua Terengganu. Engku Tanang Wangsa adalah
pemangku raja Terengganu, kerana adiknya yang bongsu iaitu Sultan Mansur yang
juga Yang di-Pertuan Kecil Terengganu masih kanak-kanak. Dengan bantuan
mertuanya, Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan yang berpecah dan ditabal
sebagai Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Kelantan oleh Sultan
Terengganu. Long Gafar yang merupakan putera raja Reman (Hulu Patani) juga
banyak membantu Long Yunus. Sebagai membalas jasa di atas kesetiaannya terhadap
Long Yunus, Long Gafar telah diberikan kuasa memerintah meliputi kawasan pantai
bermula di Kuala Kemasin hingga ke Bukit Yong di sempadan Besut dan
dianugerahkan gelaran Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri.[perlu rujukan]
Long Yunus mempunyai beberapa
orang putera iaitu Long Muhammad (Sultan Muhammad I) yang mandul, Long Ismail,
Long Jenal, dan Long Tan (Tengku Temenggong Aria Pahlawan). Apabila baginda
mangkat, menantunya Tengku Muhammad ditabal menaiki takhta kelantan oleh Sultan
Mansur Terengganu dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan pada tahun 1795.
Ini menyebabkan rasa tidak puas hati oleh putera-putera Long Yunus yang
akhirnya mencetuskan perang saudara dan Tengku Muhammad dan angkatan Terengganu
berjaya dikalahkan oleh Long Muhammad pada tahun 1800 dengan bantuan orang cina
galas.
No comments:
Post a Comment