SELAMAT DATANG KE HALAMAN BLOG RASMI PPSK [PPM-006-03-22032013]

Monday, 18 November 2013

Sultan Umar 1676-1721

Sultan Umar bin Raja Sakti adalah seorang daripada 4 orang putera Raja Sakti yang memerintah Jembal, Kelantan pada abad ke-17.

Baginda dilantik sebagai raja Jembal selepas kemangkatan kekandanya Raja Bahar pada 1675. Pada tahun itulah baginda mulaï dikenal sebagai Sultan Umar. Sebelum itu, baginda dilantik menjadi Temenggung oleh ayahanda baginda, Raja Sakti I.

Kerajaan Jembal kembali masyhur di bawah pemerintahan baginda. Baginda memerintah seluruh Negeri Kelantan.Semasa pemerintahan baginda, banyak kemajuan telah dicapai. Antara kemajuan yang telah dibuat oleh baginda termasuklah membuka kawasan tanaman padi yang luas dinamakan Padang Jembal, yang terletak di kawasan Bachok.Baginda mengadakan lawatan ke seluruh kawasan dan jajahan takluk Kelantan. Baginda juga telah mengadakan perhubungan dengan kerajaan-kerajaan luar seperti Kerajaan Pattani, China, Jawa dan negeri-negeri jiran seperti Terengganu.

KELUARGA
Baginda mempunyaï lima orang anak iaitu:-
Raja Kecil Sulung
Raja Hudang (Raja Ngah)
Raja Nah
Raja Sakti II
Raja Pah.

MANGKAT
Baginda meninggal pada 1721 dan digantikan oleh menantu baginda Tuan Besar Long Bahar dari Patani atas kehendak putera sulung baginda, Raja Kecil Sulung. Baginda dimakamkan di Kedai Lalat, Kota Bharu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...